Alcatel 5 Diperkenalkan – Peranti Kelas Pertengahan Dengan Skrin 18:9

Alcatel 5 Diperkenalkan – Peranti Kelas Pertengahan Dengan Skrin 18:9

Diterbitkan pada Feb 25, 2018 oleh .

Selain Alcatel 1X yang merupakan peranti Android Go dilancarkan, Alcatel 5 turut dilancarkan pagi ini. Ia adalah sebuah peranti dengan skrin 5.7″ IPS LCD HD+, dijana pemproses MediaTek MT6750, memori sebesar 3 GB RAM dan storan 32GB. Bagi yang memerlukan storan tambahan, kad mikroSD sehingga 128GB disokong.

Kamera utama pula ialah sebesar 12-Megapixel f/2.2 dan kamera hadapan pula sebesar 13+5 Megapixel f/2.0. Membekalkan kuasa kepada peranti ini ialah bateri sebesar 3000 mAh yang dicaj melalui port mikroUSB. Pengecasan pantas 10W disokong. Peranti ini juga masih lagi menggunakan Android Nougat. Fungsi menarik yang disertakan ialah sistem nyah-kunci menggunakan wajah yang diberi nama Face Key. Alcatel 5 dijual pada harga €230 (~RM 1108).


TIPS & ULASAN