Xiaomi Mengesahkan Mi Mix 2S Akan Diperkenalkan Bersama Snapdragon 845

Xiaomi Mengesahkan Mi Mix 2S Akan Diperkenalkan Bersama Snapdragon 845

Diterbitkan pada Feb 25, 2018 oleh .

Xiaomi hari ini telah mengeluarkan gambar acah pertama untuk acara telefon pintar Mi Mix 2S yang diperkatakan sejak beberapa minggu lepas. Nampaknya, kita perlu nantikan sebulan lagi sebelum pengenalan peranti berkenaan secara rasminya, dan bukan pada acara MWC 2018 minggu ini.

Daripada gambar acah yang dikeluarkan oleh Xiaomi, mereka mengesahkan yang mana Mi Mix 2S akan dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 845. Xiaomi turut menyertakan skor 273,741 – berkemungkinan adalah skor Antutu untuk peranti berkenaan.

Xiaomi menjadualkan pengenalan peranti ini pada 27 Mac 2018 ini – dimana kita boleh melihat kemaskini untuk peranti nirbingkai daripada Xiaomi ini.


TIPS & ULASAN