Cari @ Amanz

Huawei hari ini telah mengambil pentas utama bersempena dengan MWC 2018, sekaligus memperkenalkan komputer riba terbaru mereka, dinamakan sebagai MateBook X Pro.

Huawei MateBook X Pro

MateBook X Pro ini hadir dengan skrin bersaiz 13.9-inci, dan menariknya menawarkan skrin sentuh dengan rekaan nirbingkai. Huawei mengatakan ia membawakan peratusan keluasan skrin 91% berbanding bingkai.

Memfokuskan kepada skrin, MateBook X Pro menawarkan resolusi 3000×2000 pixel, serta kadar pewarnaan 100% sRGB. Huawei mengatakan mereka menggunakan panel sentuh LTPS untuk penjimatan tenaga bersama-sama komputer riba ini.

Huawei MateBook X Pro

MateBook X Pro ini hadir dengan cip Intel Core i7-8550U, sokongan GPU GeForce MX150, sokongan speaker Dolby Atmos, serta pengimbas cap jari yang diintegrasikan terus ke butang kuasa.

Dengan rekaan nirbingkai, pihak Huawei mengintegrasikan sokongan kamera hadapan pada bahagian papan kekunci, dimana ia diposisikan antara kekunci F6-F7, dan boleh dibuka keatas bila diperlukan. Rekaan ini sekaligus menawarkan kawalan privasi yang lebih baik, dan tidak memerlukan anda menampal sebarang pelekat pada kamera. Huawei turut mengintegrasikan sokongan papan kekunci kalis air bersama-sama dengan komputer riba ini.

Huawei MateBook X Pro

Huawei mengatakan MateBook X Pro ini menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 12 jam lamanya, selain ia hadir dengan ciri mikrofon seumpama pada telefon Huawei, iaitu kebolehan membuat panggilan suara dengan pendengaran 360-darjah. Pengguna peranti Huawei juga turut boleh berkongsi pelbagai dokumen dari telefon pintar terus ke PC melalui Huawei Share.

Huawei MateBook X Pro

Dari segi sambungan, ia turut menyertakan sambungan satu port USB-A, dan 2 USB-C, selain sokongan bicu audio.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd