Tiga Tablet Huawei MediaPad M5 Yang Berspesifikasi Tinggi Dilancarkan

Tiga Tablet Huawei MediaPad M5 Yang Berspesifikasi Tinggi Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 26, 2018 oleh .

Tahun lalu jualan tablet menyusut sekali lagi. Dengan kepopularan peranti kelas dengan skrin yang besar membuatkan pembelian tablet tidak lagi perlu. Namun masih terdapat banyak pengeluar menghasilkan tablet bagi mereka yang masih memerlukannya. Di MWC 2018, Huawei melancarkan tiga tablet berspesifikasi tinggi iaitu MediaPad M5 Pro, M5 (10.8), dan M5 (8.4).

Huawei MediaPad M5 Pro ialah versi paling premium dilengkapi skrin 10.8″ (2560×1600) dengan sokongan stylus M-Pen. Stylus ini bukan sahaja mampu mengesan 4096 tahap tekanan malah boleh mengesan tahap sendeng. Menjana tablet ini ialah pemproses HiSilicon Kirin 960, memori sebesar 4GB RAM dan storan 32/64/128GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 7500 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas menerusi port USB-C, aksesori papan kekunci dan empat pembesar suara dengan teknologi Harman Kardon.

MediaPad M5 (10.8) mempunyai kesemua spesifikasi yang sama seperti M5 Pro cuma tiada sokongan stylus M-Pen. Akhir sekali ialah MediaPad M5 (8.4) yang mempunyai skrin 8.4″, tiada sokongan M-Pen, bateri sebesar 5400 mAh dan hanya dilengkapi dua pembesar suara.

Harga jualan untuk Huawei MediaPad M5 Pro bermula dari €499 (~RM 2403), Huawei MediaPad M5 (10.8) bemula dari €399 (~RM 1922) manakala MediaPad M5 (8.4) bermula dari €349 (~RM 1681).

 


TIPS & ULASAN