Huawei Mengesahkan Penggunaan Nama Huawei P20 Untuk Siri Telefon Pintar Akan Datang

Huawei Mengesahkan Penggunaan Nama Huawei P20 Untuk Siri Telefon Pintar Akan Datang

Diterbitkan pada Feb 26, 2018 oleh .

Huawei hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti baru – termasuk komputer riba dengan rekaan nirbingkai. Turut berkongsi sama pada acara berkenaan adalah dimana Huawei mengesahkan yang mana siri peranti akan datang mereka bakal dinamakan sebagai Huawei P20.

Perkara ini disahkan oleh Huawei melalui gambar acah untuk acara akan datang pada bulan Mac kelak, dan mengatakan Huawei P20 akan diperlihatkan pada acara berkenaan.

Huawei P20

Sebelum ini, ia menjadi teka-teki sama ada siri Huawei seterusnya akan dikenali dengan nama Huawei P11 atau sebaliknya. Namun, bagi anda yang mengikuti pelbagai ketirisan sebelum ini, mungkin sedia maklum akan mengenai penggunaan nama Huawei P20 dalam pelbagai info yang tertiris.

Dengan pengesahan pihak Huawei ini, kita mungkin akan dapat melihat Huawei P20, Huawei P20 Plus dan Huawei P20 Lite pada acara khusus yang dijadualkan pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN