Speaker Pintar Samsung Dikuasakan Bixby Bakal Menyusul Pada Tahun Ini

Speaker Pintar Samsung Dikuasakan Bixby Bakal Menyusul Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 26, 2018 oleh .

Desas-desus berkaitan dengan speaker pintar daripada Samsung telah kedengaran sejak tahun lepas – apatah lagi dengan persaingan dalam arena berkenaan yang semakin meningkat dengan penyertaan Amazon, Microsoft, Apple dan juga Google membuatkan Samsung turut tidak ketinggalan.

Bercakap mengenainya hari ini selepas pelancaran Galaxy S9, ketua bahagian perniagaan mudah-alih Samsung, DJ Koh dipetik mengatakan yang mana speaker pintar yang dikuasakan oleh Bixby akan dilancarkan pada pertengahan kedua 2018 ini.

Samsung sedia mempunyai kepakaran audio melalui pengambil-alihan Harman sebelum ini, dan dengan perkembangan Bixby buat masa ini, speaker ini mungkin disasarkan ke negara barat dan Korea Selatan sahaja untuk peringkat awal.

Info penuh mengenai speaker ini masih tidak diketahui lagi. Samsung sendiri mengatakan pada acara pelancaran Galaxy S9 hari ini yang mana mereka akan berkongsi lanjut mengenai perkembangan Bixby dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN