ZTE Blade V9 Dan V9 Vita Dilancarkan – Dua Lagi Peranti Kelas Pertengahan Dengan Skrin 18:9
ZTE

ZTE Blade V9 Dan V9 Vita Dilancarkan – Dua Lagi Peranti Kelas Pertengahan Dengan Skrin 18:9

Diterbitkan pada Feb 26, 2018 oleh .

Trend penggunaan skrin memanjang 18:9 pada peranti masih belum menunjukkan ia akan berakhir. Di MWC 2018, semakin banyak peranti dilancarkan dengan penggunaan skrin ini. ZTE Blade V9 dan Blade V9 Vita ialah dua lagi peranti kelas pertengahan yang dilancarkan semalam.

ZTE Blade V9 ialah peranti dengan skrin 6″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 450, memori 3/4 GB RAM, storan 32/64 GB, kamera utama 16+5 Megapixel f/2.0, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3200 mAh. Peranti ini menggunakan sistem operasi Android 8.1 dengan sokongan nyah-kunci menggunakan wajah.  ZTE Blade V9 dijual pada harga €269 (~RM 1288) sebuah.

ZTE Blade V9 Vita ialah peranti dengan skrin 5.45″ IPS LCD HD+, dijana pemproses Snapdragon 435, memori 2/3 GB RAM, storan 16/32 GB, kamera utama 13+2 Megapixel f/2.0, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 3200 mAh. Peranti ini menggunakan sistem operasi Android 8.1 dengan sokongan nyah-kunci menggunakan wajah.  ZTE Blade V9 Vita pula dijual pada harga €179 (~RM860) sebuah.


TIPS & ULASAN