Cari @ Amanz

Jika anda sedang mencari sebuah laptop ataupun tablet untuk kegunaan pejabat dan harian anda, Microsoft nampaknya bakal hadir dengan jualan kilat untuk tablet Microsoft Surface Pro terbaru mereka pada malam ini (27 Februari 2018) di kedai atas talian Lazada.

Jualan kilat tersebut bakal melihat Microsoft menjual tablet Surface Pro  yang hadir dengan spesifikasi CPU Intel Core i5 generasi ke-7 Kaby Lake, memori DDR4 sebesar 8GB dan storan SSD 256GB untuk harga RM4699 sahaja.

Jualan ini akan berlangsung pada jam 8.00pm sehingga 10.00pm malam ini selama dua jam, dan mereka yang membeli tablet Surface Pro ipada waktu ni bukan sahaja akan mendapat tablet tersebut, malah Microsoft juga akan memberi Surface Type Cover, insurans ShieldCare, langganan Microsoft Office 360 selama setahun dan perisian keselamatan F-Secure Server Security untuk percuma.

Microsoft Surface Pro LTE

Pada hemat kami, ini merupakan sebuah jualan yang cukup menarik sekali, kerana harga jualan tablet Surface Pro dengan spesifikasi ini hadir pada harga RM5999, dan pada harga RM4699, ini ialah diskaun yang cukup besar sekali pada jumlah RM1300, dan jumlah asal tersebut tidak termasuk papan kekunci Surface Type Cover dan perisian-perisian yang dinyatakan tadi.

Jika anda ingin tahu lebih lagi mengenai spesifikasi dan prestasi tablet Microsoft Surface Pro terbaru ini, sila baca ulasan kami mengenai peranti tersebut di sini.

  • Info
  • Beli tablet Microsoft Surface Pro untuk RM4699 di sini
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd