Cari @ Amanz

Telefon pintar tidak bermakna tanpa sambungan selular. Terdapat pelbagai pilihan pelan diberikan oleh syarikat telekomunikasi berbeza. Pelan jatuh ke dalam dua kategori ialah pra dan pasca bayar. Hotlink ialah syarikat telekomunikasi yang amat terkenal kerana penawaran pelan prabayar. Hari ini mereka akhirnya menawarkan pelan pascabayar pertama mereka Hotlink Postpaid Flex.

Menerusi Hotlink Postpaid Flex, pelanggan akan diberikan panggilan telefon tanpa had, SMS tanpa had dan menerima kuota data 1GB dengan bayaran RM30 sebulan. Pelanggan kemudian boleh menambah modul langganan tambahan dalam bentuk Unlimited Social, Unlimited Music dan Unlimited Chat setiap satu ditawarkan pada harga RM10 sebulan. Penggunaan data untuk aplikasi-aplikasi di dalam modul yang dibeli adalah tanpa had. Sebagai contoh penggunaan WhatsApp tanpa had dapat dinikmati dengan langganan modul Unlimited Chat.

Pelanggan turut boleh membeli kuota 5GB pada harga langganan RM25 sebulan. Sekiranya tidak lagi diperlukan, modul-modul ini boleh dibuang atau ditambah pada bila-bila masa. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melayari laman Hotlink Postpaid Flex melalui pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd