Sony Xperia XZ2 & Xperia XZ2 Compact Dilancarkan – Snapdragon 845, Skrin 18:9

Sony Xperia XZ2 & Xperia XZ2 Compact Dilancarkan – Snapdragon 845, Skrin 18:9

Diterbitkan pada Feb 26, 2018 oleh .

Selepas memperkenalkan Xperia Ear Duo, Sony memperkenalkan telefon pintar terkini mereka. Berkonsepkan Ultimate Entertainment Device, Xperia XZ2 dan juga Xperia XZ2 Compact diperkenalkan bagi memfokuskan tujuan tersebut.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan paparan bernisbah 18:9, dan sekaligus menjadikan peranti Sony yang pertama hadir dengan nisbah paparan skrin yang mengikuti trend industri. Meskipun berbeza saiz, ia menawarkan cip pemprosesan terbaru Snapdragon 845 dan kamera utama 19-MP f/1.8.

Sony Xperia XZ2 mempunyai paparan skrin 5.7″ IPS LCD FHD+, dan bateri sebesar 3180 mAh. Ia menampilkan permukaan belakang yang melengkung diperbuat daripada kaca bagi menyokong sistem pengecasan tanpa wayar.

Pada bahagian belakang juga terdapat pengimbas cap jari yang kelihatan berada pada posisi di tengah, berbanding kebanyakan peranti lain yang selalunya berada menghampiri bahagian atas.

Sony Xperia XZ2 Compact pula dilengkapi skrin 5.0″ IPS LCD FHD+, dan bateri sebesar 2870 mAh. Panel belakang peranti ini hadir dalam bentuk melengkung walaubagaimanapun diperbuat daripada material berlainan, iaitu polikarbonat dan tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.

Sony turut menyatakan peranti ini akan hadir seawal bulan hadapan dan jika mengikut corak pelancaran peranti Sony kebelakangan jni, tidak mustahil Malaysia menjadi negara terawal menerimanya.


TIPS & ULASAN