Cari @ Amanz

Memulakan ucaptama Sony di MWC 2018 adalah pengenalan peranti aksesori terbaru mereka iaitu Xperia Ear Duo. Ia merupakan peranti audio dengan fungsi pembantu pintar, membolehkan pengguna berkomunikasi dengan pembantu maya seperti Google Assistant dan juga Apple Siri.

Sony Xperia Ear Duo merupakan kemaskini dari peranti Xperia Ear, namun hadir dengan rekaan yang berbeza dari versi terdahulu. Ia perlu dicangkukkan, berbanding diletakkan secara biasa seperti Xperia Ear. Namun rekaannya adalah kerana menggunakan teknologi terkini dan tidak akan membuatkan pengguna berasa telinga disumbatkan, sekaligus menawarkan penggunaan yang lebih selesa.

 

Peranti ini turut hadir dengan bekas pengecasan yang boleh menyediakan waktu berbual sehingga 10 jam, dengan waktu bertahan sehingga 22 jam. Fungsi pengecasan pantas turut membolehkan peranti ini boleh digunakan selama sejam untuk 7 minit tempoh pengecasan.

Pratempah bermula hari ini menerusi Amazon di US pada harga USD 280 (~RM 1093) , dan bakal ditawarkan di negara lain secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd