MYNIC Menawarkan Pakej IT GO2Solutions Untuk Syarikat Industri Kecil Dan Sederhana

MYNIC Menawarkan Pakej IT GO2Solutions Untuk Syarikat Industri Kecil Dan Sederhana

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

Di era globalisasi ini, untuk syarikat-syarikat berkembang pesat, mereka haruslah menggunakan teknologi yang kini hadir untuk memastikan mereka kekal kompetitif dengan para pesaing mereka.

MYNIC, sebuah agensi dibawah naungan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia yang juga mengendalikan penjualan domain .my di Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah pakej IT yang dinamakan GO2Solutions untuk memudahkan syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana (SME) membawa perniagaan mereka ke atas-talian.

Pakej GO2Solutions ini hadir dengan beberapa pakej yang sesuai dengan pelbagai jenis syarikat bersaiz kecil dan sederhana. bergantung kepada keperluan mereka. Pakej-pakej ini termasuklah GO2 Brand. GO2 Commerce dan GO2 Business.

GO2 Brand adalah pakej untuk syarikat-syarikat kecil dimana mereka diberikan perkhidmatan redirecting GO2, dimana nombor-nombor telefon perkhidmatan yang biasanya tertera di laman-laman seperti Instagram, Facebook dan sebagainya akan ditukar menjadi URL yang boleh diubahsuai, supaya pelanggan boleh menghantar mesej WhatsApp tanpa perlu menyimpan nombor perniagaan tersebut.

Perkhidmatan Go2 juga boleh digunakan untuk mengubahsuai nombor-nombor dan butiran dari aplikasi lain seperti Waze, Google Maps, pautan Facebook, Twitter dan sebagainya.

GO2 Commerce pula adalah untuk pemilik perniagaan yang lebih gemar menjual barang-barangan mereka di platform media sosial seperti Facebook dan juga Instagram. Untuk ini, MYNIC bekerjasama dengan syarikat pereka platform penjualan sosial terkemuka Avana.

Melalui pelan ini, pengusaha perniagaan bukan sahaja boleh menggunakan platform Avana, tetapi juga boleh mendapatkan domain mereka sendiri, disamping menggunakan lima domain redirection untuk bisnes mereka.

Bagi perusahaan yang lebih besar. perkhidmatan GO2 Business lebih berbaloi untuk mereka. Disamping mendapat hosting mereka sendiri, mereka juga boleh mendapatkan inbox untuk email bersaiz 20GB yang hadir dengan sokongan untuk ActiveSync, disamping storan awanan 10GB dan juga lesen untuk perisian antivirus untuk sebuah komputer.

Jika anda seorang pengusaha syarikat kecil ataupun sederhana, dan ingin berkembang dengan cepat melalui Internet, tawaran GO2 Solutions oleh MYNIC ini adalah sesuatu yang anda pasti mahu pertimbangkan.

Layari laman GO2 Solutions untuk maklumat lebih lanjut


TIPS & ULASAN