Lenovo Yoga 730 Dan Yoga 530 Diperkenalkan Dengan Sokongan Stylus Lenovo Active Pen

Lenovo Yoga 730 Dan Yoga 530 Diperkenalkan Dengan Sokongan Stylus Lenovo Active Pen

Diterbitkan pada Feb 26, 2018 oleh .

Ketika pengeluar lain sibuk melancarkan telefon pintar, Lenovo melalukan kelainan dengan melancarkan komputer riba di MWC 2018. Dua komputer riba yang dilancarkan ialah Lenovo Yoga 730 dan Yoga 530. Menarik disini ialah komputer riba ini menyokong pembantu maya Alexa selain Cortana.

Lenovo Yoga 730 hadir dengan pilihan skrin 13.3″ dan 15,6″ adalah komputer riba 2 dalam 1. Terdapat pilihan skrin HD penuh ataupun 4K. Pemproses Intel Core i7 generasi ke-lapan, memori sehingga 16 GB DDR4 dan storan sehingga 1TB SSD.

Pada model tertinggi, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050 turut disertakan. Di dalam mod tablet Yoga 730 menyokong stylus Lenovo Active Pen 2 dengan 4096 tahap tekanan. Hayat bateri pula mampu bertahan sehingga 11 jam. Pilihan I/O pula ialah dua port Thunderbolt 3 USB-C, satu USB 3.0 dan juga HDMI.

 

 

Lenovo Yoga 530 hadir dengan pilihan skrin 14″ dengan skrin beresolusi HD penuh. Pemproses Intel Core i7 generasi ke-lapan, memori sehingga 16 GB DDR4 dan storan sehingga 512GB SSD.

Kad grafik Nvidia GeForce MX130 disertakan. Terdapat sokongan untuk Lenovo Active Pen. Hayat bateri pula mampu bertahan sehingga 10 jam. Pilihan I/O pula ialah dua port USB 3.0, satu USB-C, satu pembaca kad dan juga satu HDMI.

Lenovo Yoga 730 13.3″ akan mula dijual pada bulan April dengan harga bermula €999 (~RM 4816) manakala Lenovo Yoga 530 pula akan dijual bermula Jun pada harga €549 (~RM 2647).


TIPS & ULASAN