Sony Memperlihatkan Modul Dwi-Kamera Dengan Tahap ISO 51200

Sony Memperlihatkan Modul Dwi-Kamera Dengan Tahap ISO 51200

Diterbitkan pada Feb 26, 2018 oleh .

Rekaan skrin 18:9 akhirnya digunakan pada peranti Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact. Satu fungsi yang sehingga kini belum digunakan pada kamera utama peranti Xperia ialah penggunaan dwi-kamera. Di MWC, Sony memperlihat modul dwi-kamera yang mampu mengambil gambar pada tetapan ISO 51200.

Untuk rakaman video pula, tetapan ISO 12800 boleh digunakan. Bagi yang kurang arif dengan terminologi fotografi, tahap ISO yang tinggi membolehkan gambar yang terang diambil di dalam situasi pencahayaan yang rendah. Apabila dipadankan dengan ISP Sony Fusion yang turut diperlihatkan, dua gambar diambil serentak dari dwi-kamera untuk menghasilkan sebuah gambar yang terang.

Buat masa ini modul kamera ini masih lagi prototaip. Mungkin di IFA kelak peranti Xperia dwi-kamera pertama akan dilancarkan dengan kemampuan mengambil gambar pada waktu malam yang menakjubkan? Kita nantikan jawapannya di masa hadapan.


TIPS & ULASAN