Carian
Lagi Gambar Huawei P20 Tertiris – Memperlihatkan Penggunaan Takuk Pada Skrin
February 26, 2018 Aman

Huawei sedia mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan Huawei P20 pada penghujung bulan hadapan, dan kita sedia melihat beberapa gambar tertiris untuk peranti ini sebelum ini.

Kini, peniris terkenal, @evleaks turut berkongsi gambar peranti berkenaan – sekaligus mengesahkan beberapa rekaan peranti yang tertiris sebelum ini.

Huawei P20

Daripada gambar yang dikongsikan @evleaks ini, ia memperlihatkan penggunaan skrin dengan takuk pada bahagian hadapan, selain melengkapkan pengimbas cap jari pada bahagian bawah. Pada bahagian belakang peranti pula ia menggunakan dwi-kamera.

Huawei dijangka memperkenalkan tiga variasi peranti dibawah keluarga Huawei P20 pada 27 Mac ini.

Dengan ketirisan ini, kita mungkin melihat beberapa info lain menyusul dalam masa terdekat ini.

Komen