Anda Boleh Dapatkan iPhone Pada Harga Serendah RM200 Pada Jualan Gudang Switch

Anda Boleh Dapatkan iPhone Pada Harga Serendah RM200 Pada Jualan Gudang Switch

Diterbitkan pada Feb 26, 2018 oleh .

Switch merupakan salah satu pengedar produk Apple terkemuka di Malaysia, dimana mereka menawarkan sejumlah produk daripada Apple TV sehinggalah kepada iPhone, Macbook dan sebagainya.

Terkini, pihak Switch telah mengumumkan Switch Clearance Sale yang akan diadakan di MyTown KL yang menyaksikan penawaran pelbagai produk Apple pada harga serendah RM30.

Produk yang ditawarkan adalah produk yang telah dibuka kotak, dan tidak hadir dengan sokongan jaminan. Namun, Switch mengatakan pengguna boleh menggantikan produk dalam tempoh 7 hari selepas membelinya.

Antara yang ditawarkan adlah termasuk iPod Shuffle 2GB pada harga RM30, iPhone 5s pada harga RM200, iPhone 6s Plus pada harga RM1600, dan banyak lagi.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak penawaran Switch ini yang ditawarkan antara 2 ke 4 Mac 2018 ini.

Switch Clearance Sale

Switch Clearance Sale

Layari : Switch Clearance Sale


TIPS & ULASAN