Cari @ Amanz

Setiap tahun Apple akan hadir dengan penawaran iPhone generasi baru, dan kini Bloomberg melaporkan yang mana Apple merancang untuk memperkenalkan tiga variasi iPhone untuk tahun 2018 ini.

Model variasi pertama yang dijangka ditawarkan adalah sebuah phablet, menawarkan saiz skrin sebesar 6.5-inci. Ia dilaporkan yang mana iPhone bersaiz besar ini ditujukan kepada pengguna perusahaan, dan hadir dengan rekaan sebesar iPhone 8 Plus. Tetapi, dengan rekaan nirbingkai, ia bakal menawarkan skrin bersaiz menghampiri 6.5-inci.

iPhone bersaiz besar ini turut dijangka menawarkan resolusi skrin pada kadar 1242×2688 pixel, selain dilengkapi skrin OLED seumpama pada iPhone X sebelum ini.

Disamping itu, Apple turut dilaporkan mempersiapkan kemaskini kepada iPhone X dengan cip pemprosesan baru, Apple A12.

Dan model variasi ketiga dilihat sebagai telefon yang sedikit berharga rendah, hadir dengan rekaan nirbingkai, serta sokongan Face ID – tetapi menggunakan skrin LCD untuk memastikan harganya lebih rendah.

Kebiasaannya, Apple memperkenalkan iPhone baru sekitar bulan September atau Oktober – dan kita boleh melihat ketiga-tiga model ini diperkenalkan pada waktu lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd