Cari @ Amanz

BlackBerry “Ghost” Bakal Hadir Dengan Rekaan Nirbingkai

Oleh Aman

Link Copied!

BlackBerry sebelum ini sedia melesenkan pengeluaran peranti mereka kepada beberapa pihak lain, dan terkini ia dilihat mereka turut melesenkan pengeluaran kepada pihak Optiemus untuk memasarkan sebuah peranti baru untuk pasaran India.

BlackBerry  Ghost

Dikenali dengan nama kod “Ghost”, telefon pintar premium berasaskan Android ini dijangka hadir dengan rekaan nirbingkai. Ini sekaligus akan menjadikan telefon pintar ini sebagai telefon nirbingkai pertama dibawah jenama BlackBerry.

Buat masa ini, spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui lagi. Memandangkan ia hanya akan dipasarkan di India sahaja, maka kita mungkin perlu nantikan penawaran lain daripada TCL untuk peranti nirbingkai BlackBerry bagi pasaran global.


Komen ()