Sokongan Nokia Pro Camera Kembali Untuk Peranti Nokia Dengan Lensa Carl Zeiss

Sokongan Nokia Pro Camera Kembali Untuk Peranti Nokia Dengan Lensa Carl Zeiss

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

Ketika populariti jenama Nokia dengan penawaran peranti Lumia, salah satu aplikasi yang digemari ramai adalah aplikasi kamera dengan sokongan kawalan manual, iaitu Nokia Pro Camera.

Melalui aplikasi khusus berkenaan, ia membolehkan pengguna untuk mengawal pemfokusan, ISO, kelajuan shutter, dan pelbagai kawalan manual yang lain.

Nokia Pro Camera

Kini, sokongan berkenaan dilihat akan dibawakan ke pelbagai peranti berjenama Nokia dengan lensa Carl Zeiss.

Dengan penawaran sokongan Pro Camera ini, ia sekaligus membawa satu lagi ciri popular Nokia kembali ke era baru ini – termasuk memperkenalkannya buat pertama kali untuk peranti Android keluaran Nokia.

Buat masa ini, ia telah diumumkan untuk Nokia 7 Plus dan juga Nokia 8 Sirocco. Ia tidak diketahu lagi sama ada Nokia 8 tahun lepas akan menerimanya juga atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN