Dolce & Gabbana Menggunakan Dron Untuk Memperagakan Koleksi Beg Tangan Mereka

Dolce & Gabbana Menggunakan Dron Untuk Memperagakan Koleksi Beg Tangan Mereka

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

Biasanya di acara pertunjukan fesyen, model cantik digunakan bagi memperagakan pakaian dan aksesori. Tetapi di acara Milan Fashion Week, syarikat fesyen ternama Dolce & Gabbana melakukan sesuatu yang unik dan inovatif untuk memperlihatkan koleksi beg tangan terkini mereka.

Model tidak lagi digunakan sebaliknya digantikan oleh dron. Setiap dron membawa beg tangan dan terbang di atas catwalk. Bagi memastikan kelancaran majlis dan keselamatan hadirin, penggunaan WiFi diharamkan. Beberapa petugas turut diletakkan di di sisi catwalk sekiranya dron hilang kawalan.

Dengan penggunaan dron, adakah selepas ini kerjaya model pula akan terancam kerana diambil alih oleh mesin?


TIPS & ULASAN