Qualcomm Mungkin Pertimbangkan Tawaran Pengambil-Alihan Sekiranya Harga Mencapai $160 Bilion

Qualcomm Mungkin Pertimbangkan Tawaran Pengambil-Alihan Sekiranya Harga Mencapai $160 Bilion

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

Broadcom sebelum ini telah menawarkan diri untuk mengambil-alih syarikat yang memfokuskan pembangunan cip pemprosesan dan rangkaian, iaitu Qualcomm. Selepas beberapa tawaran ditolak sebelum ini, kini Qualcomm dilaporkan terbuka untuk mempertimbangkan pengambil-alihan oleh Broadcomm sekiranya nilai berkenaan mencapai $160 bilion.

Sebelum ini, Broadcom menawarkan untuk mengambil-alih Qualcomm pada harga $130 bilion – tetapi tawaran berkenaan ditolak oleh pihak Qualcomm.

Pihak Broadcom masih tidak mengumumkan perkara lanjutan buat masa ini. Tetapi, sekiranya benar pengambil-alihan ini berlaku, maka ia secara tidak langsung akan menjadikan ia antara syarikat pengeluar cip terkemuka dunia – dibelakang Intel dan Samsung.


TIPS & ULASAN