Nokia Ingin Kembali Sebagai Lima Pengeluar Peranti Terbesar Dalam Masa Tiga Ke Lima Tahun

Nokia Ingin Kembali Sebagai Lima Pengeluar Peranti Terbesar Dalam Masa Tiga Ke Lima Tahun

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

Pada hari ini, terdapat pelbagai jenama telefon pintar di pasaran, termasuk Nokia yang kembali semula ke arena berkenaan. Nokia pernah menjadi pengeluar telefon pintar terbesar di dunia dan paling awal menjual lebih dari 1 bilion peranti di seluruh dunia. Kelewatan mereka untuk memasuki pasaran peranti pintar dengan skrin sesentuh menyebabkan mereka jatuh dan kini peranti dihasilkan di bawah HMD Global.

Bercakap mengenainya, HMD Global kini menyasarkan untuk Nokia kembali menjadi jenama lima teratas pada peringkat global dalam tempoh 3 ke lima tahun akan datang.

Buat masa ini, jikalau melihat kepada data Strategy Analytics, pada suku terakhir 2017, lima jenama telefon terkemuka adalah Samsung, Apple, Huawei, Oppo dan juga Xiaomi.

Menurut CNet, Nokia kini dilihat lebih memfokuskan kepada beberapa pasaran utama, termasuk Eropah, India, Indonesia dan juga Russia. Di pasaran berkenaan, HMD Global menawarkan pelbagai variasi peranti Nokia – sementara di beberapa pasaran lain, hanya beberapa model sahaja yang ditawarkan.

Dengan sasaran pihak HMD Global yang baru ini, tidak mustahil kita melihat mereka lebih kerap memperkenalkan peranti berbentuk nostalgia dalam menarik perhatian ramai pengguna – disamping hadir dengan penawaran peranti Android yang ditawarkan pada harga lebih kompetitif.


TIPS & ULASAN