Sistem Operasi Jolla Sailfish 3 Diumumkan Untuk Kegunaan Telefon Pintar Dan Telefon Bimbit 4G

Sistem Operasi Jolla Sailfish 3 Diumumkan Untuk Kegunaan Telefon Pintar Dan Telefon Bimbit 4G

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

Jolla adalah syarikat yang menghasilkan Sailfish OS iaitu sistem operasi ringan untuk peranti pintar. Sailfish OS mempunyai antaramuka yang ringkas, tema yang ringan dan juga kawalan antaramuka dengan tatalan yang mudah.

Selepas beberapa kali usaha Jolla memperkenalkan Sailfish OS kepada umum gagal kerana populariti Android, kini mereka menawarkan Sailfish 3 sebagai custom ROM kepada peranti-peranti sedia ada. Pada acara MWC 2018 semalam, Jolla mengumumkan beberapa peranti yang akan disokong untuk menjalankan Sailfish 3.

Peranti yang disokong buat masa ini ialah Sony Xperia XA2, Gemini PDA keluaran Planet Computers dan akan datang telefon bimbit 4G biasa. Telefon bimbit 4G biasa masih lagi popular di negara-negara yang sedang membangun, oleh itu Jolla merebut peluang ini untuk memperkenalkan Sailfish OS pada peranti “tidak pintar” ini.

Ciri-ciri baru pada Sailfish 3 ialah ia mempunyai 30% prestasi yang lebih baik, sokongan VPN, aplikasi kamera baru dan juga sokongan VoLTE. Sistem operasi versi baru ini juga mempunyai integrasi dengan storan awan, antaramuka baru, tema yang lebih ringan dari sebelum ini dan juga pengalaman multi-tugasan yang baru.

Seperti Android Go, spesifikasi minima Sailfish 3 ialah serendah 1GB RAM. Kita akan lihat kemunculan Sailfish 3 bermula suku ketiga 2018.


TIPS & ULASAN