Nokia 3 Mula Menerima Ujian Android Oreo Beta

Diterbitkan pada Feb 27, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia 3 adalah telefon pintar daripada Nokia yang berspesifikasi rendah dengan RAM sebesar 2GB dan juga storan dalaman 16GB. Walaupun ia mempunyai spesifikasi yang rendah dengan tanda harga RM499 ia masih mempunyai binaan yang agak premium.

Sudah setahun Nokia 3 menggunakan Android Nougat, kini ujian Android Oreo Beta untuk telefon pintar dengan cip pemprosessan Mediatek ini ditawarkan melalui program Nokia Beta Labs.  Bagi yang berminat, mereka boleh terus pergi ke pautan di bawah untuk mendaftar dan terus menunggu kemaskini melalui OTA.

Daftar: Ujian Oreo Nokia 3 

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami