Pixel Visual Core Kini Dikemaskini Menerusi Play Store

Pixel Visual Core Kini Dikemaskini Menerusi Play Store

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

Semasa Google melancarkan Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL, mereka tidak mendedahkan mengenai cip Pixel Visual core yang disertakan pada dua peranti ini. Cip Pixel Visual Core ini membolehkan pemprosessan HDR+ pada aplikasi kamera mereka dipercepatkan dan juga mengaktifkan Zero Shutter Lag (ZSL). Cip ini hanya diaktifkan menerusi kemaskini untuk bulan Februari baru-baru ini.

Kini Pixel Visual Core boleh dikemaskini melalui Google Play Store bagi memudahkan pihak Google sendiri dan juga bagi mempercepatkan proses kemaskini. Sebarang optimasi terhadap Pixel Visual Core, pengguna tidak lagi perlu menunggu OTA tetapi boleh terus semak kemaskini di Play Store.


TIPS & ULASAN