Cari @ Amanz

Samsung telah pun melancarkan Galaxy S9 secara rasminya pada awal minggu ini, dan bercakap kepada The Investor, Samsung dilihat memberi petanda yang mana mereka tidak akan menggunakan nama berasaskan angka pada Galaxy S akan datang.

Samsung Galaxy S9

Desas-desus berkaitan perkara ini telah diperkatakan sejak sebelum ini, tetapi ini kali pertama Samsung memberikan petanda secara rasminya.

Menjawab soalan mengenai model Galaxy S akan datang, Samsung mengatakan mereka akan kekal dengan penjenamaan Galaxy – tetapi masih berkira-kira sama ada mengekalkan penggunaan siri-S, atau penggunaan angka padanya.

Galaxy S10 atau apa sahaja yang ia akan dikenali kelak bakal hadir pada 2019 kelak. Selain itu, Samsung juga dalam persiapan untuk memperkenalkan peranti dengan skrin boleh-lipat pada awal 2019 dengan nama Galaxy X. Mungkinkah, Galaxy X ini akan menggantikan penggunaan siri Galaxy S masa kini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd