Qualcomm Memperkenalkan Siri Cip Pemprosesan Snapdragon 700

Qualcomm Memperkenalkan Siri Cip Pemprosesan Snapdragon 700

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

Qualcomm pada hari ini sedia menawarkan cip pemprosesan dengan angka genap, iaitu siri-200, siri-400, siri-600, dan juga siri-800.

Hari ini, mereka membuat kejutan, dan telah memperkenalkan cip pemprosesan siri-700, sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan berkuasa untuk peranti berspesifikasi pertengahan, tetapi dengan beberapa ciri-ciri premium.

Ia dikatakan yang mana Snapdragon 700 akan menawarkan peningkatan 30% untuk penggunaan tenaga lebih efisyen berbanding Snapdragon 660 sebelum ini. Disamping itu, cip ini turut menyertakan sokongan Qualcomm Artificial Intelligence Engine untuk sokongan pemprosesan data dengan lebih pantas melaluinya.

Disamping itu, Qualcomm turut membawakan pelbagai kemaskini dari segi sokongan premium seperti Qualcomm Spectra ISP, Qualcomm Kryo CPU, dan sebagainya.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan pelbagai peranti berspesifikasi pertengahan hadir dengan ciri-ciri premium bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, cip pemprosesan ini baru sahaja diumumkan secara rasminya, dan ia mungkin hadir pada peranti mudah-alih dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN