Vivo V7+ Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1199

Vivo V7+ Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1199

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

September tahun lalu Vivo V7+ dilancarkan di Malaysia pada harga RM 1499. Peranti kelas pertengahan dengan skrin FullView Display ini mengutamakan kemampuan swafoto yang baik serta nyah-kunci menggunakan wajah.

Kita kini di penghujung Februari dan harga jualan Vivo V7+ telahpun dikemaskini. Ia kini boleh didapati pada harga RM 1199 sebuah. Penyelarasan harga ini berlaku hanya sebulan selepas Vivo V7 turut dikurangkan harga jualannya ke RM 999 sebuah.

Sekiranya harga V7+ masih di luar jangkauan anda. Vivo Y53 juta dijual pada harga lebih rendah RM 499 berbanding harga asal RM 999 sebuah.


TIPS & ULASAN