Carian
Samsung Memperlihatkan Penggunaan Sistem Operasi Linux Melalui Samsung DeX
February 28, 2018 Aman

Samsung sedia menawarkan kemudahan untuk mengubah peranti pintar Galaxy S/Note kepada pengalaman desktop penuh melalui Samsung DeX. Namun, buat masa ini, ia hanya terhad untuk penggunaan sistem Android sahaja.

Samsung DeX

Tetapi, bergerak kehadapan, Samsung menyasarkan menawarkan pengalaman penuh sistem operasi Linux melalui Samsung DeX. Perkara ini telah dikongsikan sekitar Oktober 2017 lepas, dan Samsung memanggil program ini sebagai Linux on Galaxy.

Melaluinya, anda hanya perlu menghubungkan peranti ke monitor melalui Samsung DeX, dan memilih varian sistem operasi Linux seperti Ubuntu dan sebagainya.

Daripada video demo yang dipaparkan secara ringkas oleh Samsung, mereka memperlihatkan keupayaan untuk peranti terus berjalan lancar walaupun membuka sejumlah aplikasi – selain menekankan kepada kemudahan siri Galaxy menggantikan komputer pengguna.

Buat masa ini, Linux on Galaxy masih belum dibuka kepada pengguna umum lagi.

Komen