Motorola Mungkin Hadir Dengan Rekaan Peranti Seumpama Motorola Razr

Motorola Mungkin Hadir Dengan Rekaan Peranti Seumpama Motorola Razr

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Moto Razr merupakan salah satu telefon pintar yang popular suatu ketika dahulu, dimana ia hadir dengan rekaan boleh-lipat, serta bersaiz agak nipis. Terkini, menjawab beberapa persoalan kepada TechRadar, Motorola seperti memberikan petanda yang mana rekaan ikonik Razr mungkin kembali.

Moto Razr

Bercakap mengenainya CEO Motorola dipetik mengatakan yang mana dengan arena teknologi masa kini – terutamanya skrin boleh-lipat, pengguna dijangka dapat melihat lebih banyak inovasi dalam rekaan telefon pintar. Ini sekaligus membawa kepada kemungkinan Moto Razr dibangunkan dan direalisasikan semula.

Komen pihak Motorola ini hadir hanya beberapa hari selepas Nokia sekali lagi memperkenalkan nafas baru untuk peranti nostalgia mereka, Nokia 8110. Untuk Motorola sendiri, walaupun kita mungkin tidak melihat penawaran rekaan menyerupai Motorola Razr sepenuhnya, tetapi kita mungkin dapat melihat penggunaan skrin boleh-lipat dengan beberapa elemen rekaan seumpama Razr sebelum ini.


TIPS & ULASAN