Cari @ Amanz

BlackBerry World merupakan kedai aplikasi yang disediakan oleh BlackBerry untuk platform operasi mereka. Kini, dengan sokongan BBOS dan BB10 yang tidak lagi diteruskan, pihak BlackBerry turut dilihat ingin menamatkan penawaran BlackBerry World.

Sebagai langkah pertama, pihak pengurus BlackBerry World kini telah mengumumkan yang mana mereka akan membuang aplikasi berbayar daripada kedai aplikasi berkenaan bermula 1 April 2018 ini.

Dengan perubahan ini, ia sekaligus mengubah kepada hanya penawaran aplikasi percuma sahaja melalui BlakBerry World selepas tarikh berkenaan, dan pelbagai transaksi dalam aplikasi dan sebagainya perlu disokong sendiri oleh pembangun.

Dengan populariti sistem operasi BlackBerry yang semakin merudum, selain peralihan BlackBerry sendiri menggunakan Android, perubahan ini mungkin tidak memberikan impak besar kepada pengguna. BlackBerry World dijangka ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2019 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd