Pemacu USB SanDisk Ultra Fit USB 3.1 Mula Dijual Di Malaysia

Pemacu USB SanDisk Ultra Fit USB 3.1 Mula Dijual Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Kemajuan industri elektronik membolehkan data sebesar 256 GB disimpan di dalam pemacu USB yang bersaiz kecil Bayangkan hanya 60 tahun yang lalu, sebuah pemacu keras dengan kapasiti 5MB memerlukan sebuah mesin pengangkat barang untuk dibawa dari kilang ke bilik komputer.

Pemacu USB SanDisk Ultra Fit USB 3.1 telah ditawarkan di Malaysia dalam pilihan storan 16 hingga 256 GB. Sokongan USB 3.1 membolehkan data dipindahkan ke dalam pemacu ini 15 kali lebih pantas berbanding pemacu USB 2.0. Harga jualan adalah seperti di bawah.

  • 16GB: RM 39
  • 32GB: RM 49
  • 64GB: RM 99
  • 128GB: RM 179
  • 256GB: RM 399

TIPS & ULASAN