Carian
Bluboo S2 Dilancarkan Dengan Sistem Kamera 21-Megapixel Boleh Diputar
February 28, 2018 Effi Saharudin

Kerana kepopularan mengambil gambar swafoto, semakin banyak peranti yang dipasarkan dengan kamera hadapan bersensor lebih besar berbanding kamera belakang. Ini mendatangkan dilema kerana pengguna terpaksa memilih kamera mana yang lebih kerap digunakan sebelum membeli peranti.

Bluboo S2 yang dilancarkan di MWC minggu ini mempunyai penyelesaian yang menarik kepada masalah ini. Ia dilengkapi satu kamera utama yang boleh berputar ke hadapan untuk pengambilan swafoto. Tidak seperti Oppo N1, kamera perlu diputar secara manual. Terdapat aksesori berbentuk telinga dihasilkan untuk kamera.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6″ FHD+, dijana pemproses MediaTek Helio P23, memori 4/6 GB RAM, storan 64/128GB, kamera sebesar 21-Megapixel dan bateri sebesar 4200. Ia turut menggunakan Android Oreo. Harga jualan masih belum diketahui tetapi pastinya mampu milik seperti kebanyakan peranti dari China.

Komen