Cari @ Amanz

Fitbit telah pun memperkenalkan jam tangan pintar pertama mereka secara rasminya, iaitu Fitbit Ionic. Selain daripada Ionic, Fitbit turut dijangka hadir dengan sejumlah jam tangan pintar baru sepanjang 2018 ini.

Terkini, salah satu jam tangan pintar akan datang daripada Fitbit tertiris, memperlihatkan saiz yang sedikit kecil – dan dijangka menawarkan harga yang lebih rendah berbanding Ionic.

Fitbit Jam Tangan

Jam tangan pintar baru ini dilihat sebagai generasi baru Blaze – tetapi mungkin menggunakan penjenamaan berbeza. Ia dikatakan Ionic kurang popular dikalangan pengguna wanita, dan jam tangan pintar baru akan datang ini dijangka mengatasinya.

Seperti jam tangan pintar Ionic, ia turut akan menyertakan pelbagai ciri-ciri kecergasan, termasuk sokongan kalis air. Namun, untuk menjimatkan kos, Fitbit dikatakan tidak menyertakan sokongan modul GPS pada jam tangan pintar ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd