Carian
Samsung Galaxy S9 Boleh Mengesan Tekanan Darah Dan Juga Tahap Stres Pengguna
February 28, 2018 Effi Saharudin

Terdapat banyak pengesan kesihatan yang dijual di pasaran sekarang. Hampir kesemuanya hadir dengan sensor pengesan nadi bagi melihat sepantas mana jantung mengepam ketika melakukan aktiviti riadah. Maklumat ini masih belum cukup lengkap tanpa kemampuan mengesan tekanan darah.

Samsung Galaxy S9Pengguna Samsung Galaxy S9 dan S9+ bernasib baik kerana pengimbas nadi pada bahagian belakang peranti kini hadir dengan fungsi mengesan tekanan darah. Samsung bekerja sama dengan University of California, San Francisco (UCSF) untuk menghasilkan aplikasi My BP Lab yang merekod tekanan darah pengguna. Dari data yang terkumpul, ia kemudian boleh mengesan tahap stres pengguna sebelum menyarankan tindakan yang wajar diambil bagi mengurangkannya.

Aplikasi My BP Lab boleh dimuat turun bermula 15 Mac tetapi terbuka kepada penduduk Amerika Syarikat yang berumur 18 tahun ke atas sahaja buat masa ini.

Komen