Cari @ Amanz

Kami mengakui tidak berapa bijak menggunakan kamera digital profesional. Terdapat terlalu banyak tetapan dan ilmu yang perlu dipelajari. Mod automatik menjadi pilihan kerana ia memudahkan kerja. Tetapi mengambil gambar menggunakan flash masih lagi ilmu yang belum kami pelajari dan hasilnya ialah tetapan bounce flash kami menyebabkan subjek tidak diterangi dengan sempurna.

Bagi insan yang mengalami masalah yang sama dengan kami, flash Canon Speedlite 470 EX-AI dihasilkan. Flash kamera pintar ini dilengkapi teknologi Auto Intelligent (AI) Bounce bagi menetapkan sudut tembakan flash secara automatik. Jurugambar hanya perlu menekan satu butang yang mengukur dimensi bilik sebelum menggerakkan kepala flash ke sudut terbaik untuk penggunaan bounce flash.

Flash Canon Speedlite 470EX-AI hanya menyokong kamera dari siri EOS sahaja buat masa ini. Ia akan dijual bermula April pada harga $399.99 (~RM 1570) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd