Siri Asus Zenfone 5 Dijangka Memasuki Malaysia Sekitar April 2018

Siri Asus Zenfone 5 Dijangka Memasuki Malaysia Sekitar April 2018

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Asus semalam telah pun melancarkan siri telefon pintar Zenfone 5 secara rasminya, dimana tiga telefon pintar diperkenalkan dibawah siri berkenaan, iaitu Zenfone 5, Zenfone 5z dan juga Zenfone 5 Lite. Kini, lanjutan daripadanya, kami menerima info awal mengatakan pihak Asus merancang untuk memperkenalkan siri telefon pintar mereka untuk pasaran tempatan sekitar bulan April 2018 kelak.

Asus Zenfone 5

Berkemungkinan kita akan melihat penawaran peranti secara berperingkat daripada Asus, bermula daripada Asus Zenfone 5 Lite dan Asus Zenfone 5 terlebih dahulu, sebelum pengenalan telefon pintar berspesifikasi tinggi mereka. Pihak Asus mungkin hanya memfokuskan kepada beberapa model sahaja dalam usaha memenangi pasaran tempatan, dan mungkin tidak menawarkan keseluruhan variasi.

Buat masa ini, harga dan sebagainya masih menjadi persoalan. Tetapi daripada beberapa info yang kami dengar, ia dijangka menawarkan harga yang kompetitif berbanding siri Zenfone 4 sebelum ini.


TIPS & ULASAN