Cari @ Amanz

Selepas menguji ciri menyimpan Tweet untuk rujukan peribadi dalam peringkat beta sebelum ini, hari ini pihak Twitter memperkenalkan ciri Bookmarks kepada semua pengguna seluruh dunia.

Twitter Bookmark

Melalui ciri ini, sesiapa sahaja boleh menyimpan sesuatu Tweet, dan seterusnya melihatnya melalui tab Bookmarks. Berbeza dengan ciri lebih kurang sama iaitu “Like”, Tweet yang disimpan dibawah “Bookmarks” ini hanya boleh diakses oleh seseorang pengguna itu sahaja.

Bagi anda yang menggunakan Twitter, anda akan dapat melihat ciri baru ini pada aplikasi dan di web bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd