Cari @ Amanz

Vivo pada MWC 2018 sekadar memperlihatkan peranti konsep dengan skrin menyeluruh dengan nama kod Apex. Menariknya, selain daripada Vivo Apex, pihak Vivo kini mungkin dalam persiapan untuk memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru tidak lama lagi, dibawah keluarga Vivo V9.

Hal ini diketahui melalui pemasangan papan iklan di Indonesia. Peranti yang dilabelkan sebagai Vivo V9 ini menggunakan rekaan skrin nirbingkai termasuk penggunaan rekaan takuk pada bahagian atas.

Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui, tetapi dilabelkan akan menyertakan kamera hadapan 24-megapixel.

Dengan pemasangan papan iklan ini, kita mungkin boleh melihat peranti ini dilancarkan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd