Anda Kini Boleh Pra-Tempah Samsung Galaxy S9/S9+

Anda Kini Boleh Pra-Tempah Samsung Galaxy S9/S9+

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah membuka pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru mereka, Samsung Galaxy S9 dan juga Samsung Galaxy S9+ – sekaligus membolehkan para pengguna tempatan yang berminat untuk menempahnya, dan menerimanya seawal 9 Mac 2018 kelak. Samsung Malaysia akan menjual telefon pintar ini secara rasminya mulai 16 Mac 2018 kelak – sekaligus membolehkan anda yang pra-tempah menerimanya hampir seminggu lebih awal.

Samsung Galaxy S9

Samsung Galaxy S9 hadir dengan skrin 5.8-inci, dilengkapi memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Ia menggunakan bateri 3000mAh bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy S9+ pula hadir dengan skrin 6.2-inci, dilengkapi memori sehingga 6GB RAM, storan dalam pilihan 64GB, 128GB dan 256GB; dwi-kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut menawarkan sokongan kalis air, dan bateri berkapasiti 3500mAh.

Samsung Galaxy S9

Kedua-duanya hadir dalam pilihan warna hitam, biru, dan juga warna fokus tahun ini, iaitu ungu. Bagi anda yang pra-tempah, selain menerima peranti lebih awal, anda juga berpeluang untuk mendapatkan speaker Harman Kardon Onyx Mini bernilai RM699 secara percuma.

Pra-tempahan boleh dilakukan melalui beberapa saluran bermula hari ini dengan deposit sebanyak RM300, atau melakukan pembayaran penuh untuk peranti berkenaan. Galaxy S9 64GB ditawarkan di Malaysia pada harga RM3299. Sementara model Galaxy S9+ hadir dengan pilihan penawaran storan 64GB pada harga RM3799, 128GB untuk RM3999, dan 256GB untuk harga RM4399.

Pra-Tempah : Samsung Galaxy S9/S9+


TIPS & ULASAN