Cari @ Amanz

Nampaknya kegilaan untuk papan kekunci mekanikal yang dibina khusus untuk gaming suatu pasaran yang cukup menarik sekali buat jenama-jenama terkenal di arena perkomputeran.

Kini giliran MSI pula memperkenalkan papan kekunci mekanikal terbaru mereka melalui MSI VIGOR GK80 dan MSI VIGOR GK70 yang hadir dengan ciri-ciri yang cukup menarik sekali.

 

Kedua-dua papan kekunci ini hadir dengan rangka yang diperbuat daripada aluminum yang memberikan papan kekunci ini binaan yang cukup lasak. Selain daripada penggunaan suis mekanikal Cherry MX RGB, MSI juga melengkapkan aksesori papan kekunci ini dengan 12 kekunci dengan kemasan getah dan empat kekunci dengan kemasan logam untuk memudahkan anda mencari kekunci tanpa perlu melihat pada papan kekunci tersebut.

Papan kekunci VIGOR GK80 hadir dengan rekaan yang agresif, dan hadir dengan rekaan kekunci penuh yang juga hadir dengan ciri USB pass-through dimana peranti seperti pemacu USB boleh dipasang pada papan kekunci ini, dan ia akan dikesan oleh sistem komputer.

Papan kekunci VIGOR GK70 pula hadir dengan rekaan tenkeyless dimana pad nombor dibuang, disamping hadir rekaan yang lebih nipis untuk mereka yang mahukan sebuah papan kekunci yang lebih minimalis berbanding dengan model GK80.

Menurut MSI, papan-papan kekunci VIGOR GK80 dan GK70 ini bakal hadir di beberapa pasaran terpilih di seluruh dunia bermula bulan Mac. Buat masa ini, mereka masih belum mengumumkan sebarang butiran mengenai harga jualan untuk peranti ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd