Pengguna Huawei Nova 2i Kini Boleh Mencuba Android 8.0 Oreo Beta

Pengguna Huawei Nova 2i Kini Boleh Mencuba Android 8.0 Oreo Beta

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah memulakan ujian beta untuk Android 8.0 Oreo bagi pengguna peranti Huawei Nova 2i, sekaligus membolehkan pengguna peranti catur-kamera berkenaan untuk menguji sistem operasi terkini EMUI 8.0 bersama-sama sejumlah ciri-ciri baru.

EMUI 8.0 dikatakan akan mengaktifkan ciri untuk peranti mempelajari penggunaan pengguna, dan meramalkan sesuatu perkara ketika pengguna memerlukannya. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kadar efisyen penggunaan peranti.

Disamping itu, ia juga menyertakan sokongan Picture-in-Picture, sokongan paparan notifikasi baru, dan sebagainya.

Anda yang menggunakan Huawei Nova 2i, boleh memuat-turun aplikasi ujian beta hari ini, dan memulakan proses muat-turun Android 8.0 Oreo beta. Untuk makluman, ia masih pada peringkat beta, dan mungkin tidak stabil untuk penggunaan harian.

Sertai : Ujian Beta Android 8.0 Oreo Huawei Nova 2i


TIPS & ULASAN