Pengangkutan Awam Ditawarkan Percuma Di Bandaraya Brussels Pada Hari Pencemaran Udara Tinggi

Pengangkutan Awam Ditawarkan Percuma Di Bandaraya Brussels Pada Hari Pencemaran Udara Tinggi

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

Tahap pencemaran udara di kota raya besar bergantung kepada musim. Ketika musim hujan kadar partikel di dalam udara adalah rendah dan sebaliknya pada musim kering. Antara penyumbang terbesar pencemaran udara di bandar besar adalah kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil.

KeretapiIbu negara Belgium iaitu Brussels mempunyai cara yang unik untuk mengurangkan pencemaran udara. Apabila tahap kesihatan udara mencapai tahap buruk selama dua hari berterusan, pengangkutan awam akan ditawarkan secara percuma kepada semua.

Ini termasuklah perkhidmatan menyewa basikal seperti yang sedang popular di Kuala Lumpur sejak beberapa bulan yang lalu. Brussel berharap penawaran percuma ini akan menggalakkan orang ramai menaiki pengangkutan awam dan mengurangkan jumlah kenderaan bermotor.

Bandaraya ini sudahpun menghadkan kenderaan bermotor dengan nombor tertentu sahaja memasuki kawasan bandar sebagai langkah mengurangkan pencemaran. Selain daripada itu pembakaran dapur kayu serta pengurangan had laju maksimum turut dilaksanakan apabila tahap pencemaran udara meningkat.


TIPS & ULASAN