Uber Eats telah ditawarkan di Malaysia sejak bulan September 2017 lepas, dimana perkhidmatan tempahan makanan ini ditawarkan terhad di Kuala Lumpur sahaja. Hari ini, pihak Uber turut memperluaskan penawaran, dan telah mula menawarkan Uber Eats di Petaling Jaya.
Uber Eats merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Uber dalam memudahkan para pengguna membuat tempahan makanan menggunakan aplikasi, dan menerimanya terus di rumah atau pejabat. Uber Eats menambah caj sebanyak RM5 untuk penghantaran – selain harga makanan yang anda tempah.
Untuk pengguna baru Uber Eats, anda boleh memuat-turun aplikasi Uber Eats ini dan menggunakan kod promo PJMakan untuk penghantaran percuma tanpa had untuk tempoh terhad.
Dengan pengenalan di Petaling Jaya ini juga, kita mungkin akan dapat melihat penawaran Uber Eats terus diperluaskan secara berperingkat ke bandar-bandar yang lain tahun ini/