Dapatkan Jam Tangan Edisi Terhad ROG x G-Shock Dengan Setiap Pembelian Laptop ASUS ROG Yang Terpilih

Dapatkan Jam Tangan Edisi Terhad ROG x G-Shock Dengan Setiap Pembelian Laptop ASUS ROG Yang Terpilih

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

Baru-baru ini, ASUS, jenama yang terkenal dengan siri komputer dan laptop gaming mereka dilihat telah bekerjasama dengan Casio G-Shock, sebuah jenama jam tahan lasak untuk merekacipta sebuah jam tangan untuk gamer yang dipanggil ROG X G-Shock Limited Edition.

Jam tangan edisi terhad ini hadir dengan rekaan warna hitam dan merah yang sudahpun menjadi warna tema untuk jenama Republic of Gamers. disamping rekabentuk jam tangan G-Shock yang kelihatan cukup tahan lasak.

ASUS Malaysia telahpun dilihat membawa masuk jam tangan ini ke pasaran tempatan dengan beberapa syarat. Walaupun jam ini dinilai pada harga RM699, anda tidak akan boleh membelinya dimana-mana kedai jam tempatan.

Syarat untuk memiliki sebuah jam tangan ROG x G-Shock ini ialah anda haruslah membeli sebuah laptop ASUS ROG yang dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 ataupun NVIDIA GeForce GTX 1050 dan 1050Ti terlebih dahulu.

Bagi mereka yang membeli laptop ROG dengan kad grafik GeForce GTX 1060 seperti ASUS ROG GL503 Scar Edition, GL703, GL703 Scar Edition, GX501, ataupun G703, 100 pembeli pertama laptop-laptop ini akan mendapat jam tangan eksklusif terus secara percuma, dan hanya perlu menyimpan resit pembelian dan nombor siri laptop tersebut untuk menuntut jam tersebut.

Jika anda membeli laptop ROG dengan kad grafik GeForce GTX 1050/1050Ti seperti ASUS ROG GL553VD, GL553VE, ataupun GL503 Hero Edition, anda berpeluang memenangi satu daripada 16 unit jam tangan ROG x G-Shock tersebut.

Kempen ROG x G-Shock ini bermula dari 1 Mac hingga 25 April 2018, dan untuk menyertainya, anda haruslah membeli laptop-laptop yang dinyatakan tadi melalui pengedar laptop ASUS yang disahkan, kemudian, anda harus memasukkan butiran-butiran anda di laman Time To ROG ini untuk berpeluang memenangi jam tangan tersebut.

Jika anda seorang gamer tegar yang juga salah seorang daripada golongan hypebeast, anda mesti mahukan sebuah jam tangan ini untuk menaikkan gamer cred anda.


TIPS & ULASAN