Huawei Masih Akan Meneruskan Penawaran Dalam Arena Jam Tangan Pintar

Huawei Masih Akan Meneruskan Penawaran Dalam Arena Jam Tangan Pintar

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

Huawei sebelum ini telah hadir dengan beberapa jam tangan pintar berasaskan Android Wear, dan turut telah menjualnya. Namun, seperti ramai sedia maklum, permintaan jam tangan pintar adalah tidak begitu tinggi – membuatkan terdapat beberapa pengeluar yang tidak lagi meneruskan penawaran dalam arena berkenaan.

Malah, pihak Qualcomm sendiri dilihat telah sekian lama tidak memperkenalkan sebarang cip pemprosesan baru dibawah keluarga Snapdragon Wear.

Walaubagaimanapun, pihak Huawei dilihat tidak berputus asa, dan mengatakan generasi ketiga untuk Huawei Watch akan hadir. Tetapi masih tiada sebarang tarikh diberikan untuknya.

Buat masa ini, Huawei masih memfokuskan kepada jualan Huawei Watch 2 yang turut ditawarkan dalam beberapa variasi.


TIPS & ULASAN