Cari @ Amanz

DxOMarkDxOMark hari ini telah mengeluarkan skor rakaman kamera untuk telefon pintar Samsung terkini, iaitu Samsung Galaxy S9+. Seperti semua sedia maklum, ia menawarkan spesifikasi terkini, disamping memfokuskan kepada keupayaan kamera yang dibawakan olehnya.

Melalui DxOMark, mereka memberikan skor sebanyak 99 – sekaligus memposisikan Samsung Galaxy S9+ dalam kedudukan kamera mudah-alih yang tertinggi setakat ini – mendahului Google Pixel 2 XL dan juga iPhone 8 Plus.

Seperti sedia maklum, pecahan skor DxOMark merangkumi pelbagai perkara. Samsung Galaxy S9+ dikatakan membawakan skor kadar contrast, autofokus dan pewarnaan yang baik bagi gambar dan juga video. Untuk video juga, Galaxy S9+ dikatakan menawarkan kadar penstabilan yang baik. Namun, untuk rakaman bokeh, Galaxy S9+ dilihat menerima skor yang rendah.

DxO turut memuji keupayaan zoom pada gambar sehingga 4x yang amat baik pada telefon pintar ini. Anda boleh membaca lanjut mengenai ujian kamera DxO ini di laman rasmi mereka hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd