Cari @ Amanz

Sidang redaksi Amanz sedang bertugas di Barcelona sekarang sempena acara MWC 2018. Kerap kali kami melaporkan berita maklumat tertiris dari laman-laman lain. Hari ini kami menemui maklumat menarik mengenai Huawei P20 ketika di Barcelona.

Papan iklan di atas ditemui oleh kami di ibu negeri Catalunya ini dan menarik sekali memaparkan nama Huawei P20 Pro. Selama ini ramai terdapat ramalan tiga model yang bakal dilancarkan adalah Huawei P20 Plus, P20  dan P20 Lite. Ini adalah kali pertama kewujudan Huawei P20 Pro diketahui. Misteri mengenai nama sebenar jumlah model sebenar yang akan dilancarkan bakal diketahui pada 27 Mac hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd