Cari @ Amanz

Amazon Alexa adalah pembesar suara pintar pertama yang popular. Google juga mahu bersaing dengan melancarkan Google Home. Kedua-dua syarikat ini kini bersaing antara satu sama lain dalam dunia gajet-gajet pintar dengan pembantu digital. Kini Pengurus Kanan Amazon Alexa, berpindah kepada Google.

Amazon Alexa

Ashwin Ram adalah Pengurus Kanan untuk Amazon Alexa, beliau kini dilihat sudah berpindah ke Google sebagai Pengarah Teknikal Kecerdasan Buatan di bahagian Google Cloud. Menurut Ashwin Ram, beliau sedar akan kehebatan Google dalam dunia kecerdasan buatan dan akan bekerjasama dengan Google bagi terus menjadikan kecerdasan buatan lebih baik.

Seperti Nest yang telah dibeli oleh Google, Amazon pula membeli Blink dan Ring untuk berlawan antara satu sama lain dalam mendominasi dunia gajet-gajet pintar dengan kecerdasan buatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd