Android One adalah sistem operasi Android yang dikatakan pengganti kepada program Nexus. Tetapi Android One pada awalnya dilancarkan sebagai sistem operasi untuk peranti kelas permulaan, kenapa pula pada acara MWC 2018 Nokia 8 Sirocco iaitu peranti spesifikasi tinggi menggunakan Android One? Artikel ini kami menjawab perosakan anda apakah Android One baru ini.
1.Sejarah Android One
Android One diperkenalkan pada September 2014 sebagai satu program baru oleh Google dalam menghasilkan telefon pintar kelas permulaan dengan kerjasama pengeluar-pengeluar telefon pintar. Pasaran peranti Android One pada mulanya adalah untuk negara-negara yang sedang membangun seperti India. Bagi spesifikasi peranti Android One yang asal, Google yang akan menetapkan spesifikasi peranti Android One tersebut.
Sewaktu pelancaran Android One, Android KitKat adalah sistem operasi Android yang stabil pada ketika itu dan Google menjanjikan peranti-peranti Android One akan menjadi peranti terawal yang akan menerima kemaskini Android Lollipop. Kemaskini Android One pula bukannya daripada Google tetapi daripada pengeluar peranti sendiri. Kemaskini Android One pula dikatakan mempunyai sokongan kemaskini sistem sekurang-kurangnya 2 tahun.
2.Program Android One Baru
Program Android One yang asal tidak mendapat sambutan kerana pengeluar tidak gemar akan spesifikasi yang ditetapkan oleh Google. Apabila Google menghentikan program Nexus dan meneruskan fokus kepada telefon pintar mereka sendiri iaitu Pixel, ramai pengguna tertanya adakah sistem operasi Android asli kini hanya khusus untuk Pixel?
Dengan program Android One yang baru ini, Google berhasrat akan ada banyak lagi peranti yang akan menggunakan Android One sebagai sistem operasi. Sama seperti program Nexus terdahulu, Android One adalah sistem operasi Android asli yang disokong oleh Google dengan kerjasama dengan pengeluar.
Disebabkan Android One ini adalah sistem operasi Android yang asli, kemaskini akan menjadi lebih cepat dan mudah kerana pengeluar tidak perlu membangunkan sistem operasi Android yang bertema atau sistem operasi yang penuh dengan aplikasi terpasang dan juga ciri tambahan.
Disamping kemaskini sistem operasi yang pantas, kemaskini tampalan sekuriti pada program Android One baru juga dikatakan mempunyai sokongan kemaskini sekurang-kurangnya 2 tahun. Berbeza dengan program Nexus, kemaskini Android One diberi oleh pengeluar peranti sendiri dan bukannya Google.
3. Beza Android One dan Pixel
Perbezaan antara dua program ini adalah dari segi aplikasi terpasang dan juga cara kemaskini. Peranti Android One menggunakan aplikasi kamera yang dibina oleh pengeluar peranti, manakala Pixel menggunakan aplikasi kamera yang dibina oleh Google. Cara kemaskini pula Android One dikemaskini oleh pengeluar dengan bantuan Google. Bagi peranti Pixel, kemaskini dibawakan oleh Google.
Versi Android terkini akan hadir pada peranti Pixel terlebih dahulu, begitu juga dengan kemaskini tampalan sekuriti. Hanya selepas beberapa hari atau minggu baru akan hadir pada peranti-peranti Android One. Segala ciri dan fungsi dalam Android One dan Android Asli adalah sama membezakan dengan Pixel, ia mempunyai beberapa aplikasi terpasang khusus untuk Pixel sahaja. Android One pula, beberapa aplikasi terpasang mereka boleh didapati di Play Store dan bebas dimuat turun untuk peranti lain menggunakannya.
4.Senarai Peranti Android One
Peranti paling popular di Malaysia yang menggunakan Android One ialah Xiaomi Mi A1. Tetapi sebelum Mi A1, sudah pun ada beberapa peranti yang dilancarkan. Berikut adalah senarai peranti-peranti Android One:
General Mobile
- GM5 Plus
- GM5
- GM6
Sharp
- S1
- S2
- X1
Xiaomi
- Mi A1
Motorola
- Moto X4
HTC
- U11 Life
Nokia
- Nokia 6 (2018)
- Nokia 7 Plus
- Nokia 8 Sirocco
Jika anda lihat spesifikasi-spesifikasi semua peranti Android One ini, anda akan lihat mereka tidak lagi menggunakan spesifikasi kelas permulaan seperti tujuan asal Google pada 2014. Kini, peranti-peranti Android One menggunakan spesifikasi dalam kelas pertengahan. Untuk program Android One, Google tidak lagi menetapkan spesifikasi peranti dan juga tidak mengehadkan program ini hanya untuk peranti kelas pertengahan.
Seperti Nokia, mereka melancarkan Nokia 8 Sirocco iaitu telefon pintar kelas utama dengan spesifikasi seperti cip pemprosesan Snapdragon 845. Ini membuktikan Android One adalah pengganti Nexus, seperti peranti Nexus terakhir pengguna mempunyai dua pilihan iaitu Nexus 6P dan juga Nexus 5X. Nexus 6P ialah telefon pintar kelas utama manakala Nexus 5X ialah dalam kelas pertengahan. Untuk Android One pula, Nokia menawarkan pilihan yang hampir sama dengan Nexus iaitu peranti dengan Android asli dari kelas pertengahan dan juga kelas utama.
5.Custom ROM berasaskan Android One.
Secara asasnya, semua sistem Android yang asli berasakan kepada Sumber Terbuka Projek Android (Android Open Source Project, AOSP). AOSP adalah barisan kod sistem operasi Android yang langsung tidak mempunyai sebarang aplikasi terpasang. Dengan kata lain AOSP hanyalah satu sistem operasi Android yang kosong.
Android One dan Pixel pula ialah AOSP yang telah dipasang dengan aplikasi-aplikasi khusus seperti GApps (Google Apps). GApps menjadikan sistem operasi Android yang kosong kepada sistem operasi Android dengan aplikasi-aplikasi Google seperti yang ada pada Pixel atau peranti Android One.
Custom ROM berasaskan AOSP ini sudahpun berada di arena web. Pengguna boleh mencari mana ROM yang berasakan AOSP yang sesuai untuk peranti mereka dan terus Flash pada peranti tersedia mereka.